Container Icon

~Sembilan Tahun 3 hari~

Sembilan tahun yang lalu, saya kehilangan salah seorang insan tersayang dalam hidup saya..
Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam keluarga saya terutama Nyaie..
Saya menangis teresak-esak di tepi dinding..


Tetapi di sebalik tabir kelam itu, kami bersyukur kerana akhirnya beliau dijemput pulang ke pangkuan Yang Esa setelah menanggung sakit untuk tempoh yang panjang..
Ia juga merupakan ujian dari Dia buat anak-anak dan cucu-cucu beliau untuk menguruskan beliau sepanjang hayatnya..
Pengajaran secara tidak langsung buat cicit-cicit akan erti tanggungjawab seorang anak kepada ibubapa..
Belajar menghargai iap titis peluh, bait-bait kata yang dikeluarkan pada kita kerana semua itu dilontarkan bukan kerana benci atau marah tetapi kerana sayang..ya sayang dan kasih dari seorang tua yang sentiasa mahukan yang terbaik buat keturunannya..


Beliau seorang yang kuat semangat, gigih bekerja, berani orangnya serta penyayang..
Dengan beliau, saya dan sepupu, kami berdua akan bermalam di rumah beliau ketika cuti sekolah panjang, semalam dua buat penemannya..
Dengan beliau juga saya mengulang mengaji sebelum majlis khatam al-Quran..
Dengan beliau, saya banyak tidur bersama sambil memeluk beliau..
Dengan beliau tempat saya mengadu bila dimarah Cikgu Mohayah..
Dengan beliau saya meluah rasa seperti tidak mahu meneruskan perjuangan di Desa Tun dulu..

Ya sangat banyak sebenarnya kenangan bersama beliau..
beliau begitu disayangi saya..
beliau antara insan yang bersusah payah membesarkan saya..

.
tap
.
tap
.
tap
.
tap
.
air panas menitis jatuh di jari-jari tembam saya
.
begitu sayu rasa hati
.

beliau menyahut panggilan Ilahi pada 2 Muharam 1423 H..

Beliau ialah moyang saya, Buyut Hjh Kamirah Hj Maksom..

.

Malam ini hati saya begitu kuat teringat akan beliau..

Yot..yot..jom tido umah nyaie malam ni..(antara dialog saya kepadanya..Allah, rindunya saya akan panggilan itu)


Doa saya moga beliau aman dan sejahtera di sana dan ditempatkan Allah bersama-sama orang-orang beriman..

Moga DIA juga meringankan beban dan memudahkan perjalanan Yot Rah saya ke syurga..

Ameen..


p/s : saya bersyukur kerana masih punya Nyaie dan Yaie serta Wan..moga dengan ruang masa yang tidak ketahuan oleh saya tentang tempohnya, saya akan berusaha menyenagkan hati mereka.. Moga Allah turut permudahkan urusan mereka di dunia ini, dalam melalui hari-hari sebelum mengadapNya..bukan maksud saya mereka ini akan pergi dulu sebelum saya tetapi ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu hanya Dia yang maha Mengetahui..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

  1. moga Allah tempatkan beliau bersama2 orang2 yg mendapat rahmatnya. waktu kita, entah bila. jom bersedia~

    ReplyDelete
  2. Ameen..
    ye waktu kita entah bila...
    mungkin 30 tahun lagi, mungkin tahun depan atau mungkin beberapa saat lagi..
    we never know, have 2 be prepared.. =)

    ReplyDelete