Container Icon

Abang BU penggoda tegar..?

8.20 a.m - Ke Pasar Chow Kit

10.30 a.m - Sarapan pagi

Mula memasak


8.00 p.m - Ke Klinik Mediviron

9.15 p.m - Rumah


....................................................................................


Pertama kali ke pasar basah bukan sahaja di Chow Kit.. Muka boleh ditarik ke lantai kata housemate saya.. Yela..nama pun pasar basah, memang la basah lantainya, belum kira bergesel-gesel berlanggar bahu dan baunya yang harum..hehehe..

Tapi gara-gara mahu memancing membeli siakap.. Satu pasar kami pusing dan hasil tangkapan merupakan seekor siakap, dua ekor cencaru, suku ekor ayam, setengah kilo sotong, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan hanya sekeping duit RM50 berbaki RM13..
Ok la kan, kongsi berdua, tak sampai RM25 seorang..
Kami masak siakap 'sweet sour' dan sayur campur.. (ni kalau cikgu Mohayah tahu ni, mesti menitik air mata dia.. Mahunya tak, masak kari pun jadi lodeh, wedoknya ni =) )


Siap masak, tetamu yang tak diundang pun sampai, kakak-kakak kawan serumah saya sampai bersama keluarga masing-masing.. Datang untuk mandi kolam sebenarnya, kata duduk kondo nak masak 'macaroni cheese' untuk dijamu tapi Cik Ju pula tiada..huhu..

Mereka pun dijamu dengan masakan kami yang lazat hingga menjilat jari tak seberapa tu.. Tak apa rezeki perlu dikongsi, lagi pun tetamukan pembawa rezekikan..
Ketika mereka sibuk membaham siakap makan, saya dah selamat bertapa di sarang melayan kekasih hati, Abg BUasir saya.. Kurang selesa dengan badan yang wangi melengas kerana tiada bilik air kami di luar bilik..

Jam 3.45 petang baru keluar dari bertapa untuk mandi dan makan tengahari kerana mereka dah selamat berendam di bawah.. Selera nak membaham makan siakap tiada pula tiba-tiba, rasa loya, badan dah mula sengal-sengal serta kepala berdenyut..

Petang bila semua dah pulang, baru saya berehat di ruang tamu.. Abg BU masih suka menggeletek saya, duduk sudah semestinya seronok, berdiri juga dia menyucuk-nyucuk..
Kali ni Abg BU keluar agak besar dan darah memancut-mancut berdarah..

Sebab Abg BU ni masih lagi menggoda menguji saya, maka perlulah saya berjumpa dengan musuh doktor..Bercinta sungguh saya kerana sedar akan meriam-meriam 'zinc oxide' yang perlu disumbat akan memaksa membantu Abg BU pulang ke pangkalan jalan.. Ouchh..

Musuh doktor kata saya 'stress' dan kurang rehat, minum air Bio Aura masak pun kurang.. Ya Jumaat lalu saya hanya minum 1 liter air masak, agak kurang berbanding biasa saya akan paksa minum 2.5 liter.. perbezaan kasta itu begitu berkesan kepada diri saya rupanya.. Saya terlupa akan kewujudan air Bio Aura kerana menyiapkan keperluan perang 'training' pada minggu hadapan..

Kalau ikut musuh ketat doktor, saya tidak boleh mengendalikan 'training' tersebut kerana tempoh yang terlalu agak lama.. Ya, biasanya saya perlu berdiri dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, kadang-kadang 7 atau 8 malam bergantung pada bilangan guru yang hadir..
Disebabkan saya serikandi hebat seorang sahaja 'trainer'
bacaan Bahasa Melayu, apalah daya saya..
Janji saya pada negro doktor, jika Abg BU masih setia di situ saya akan kembali mengambil cuti sakit..


Dalam hati saya berdoa moga ALLAH beri saya kekuatan dan kesihatan yang baik kerana seramai lebih 100 orang guru sudah mendaftar diri dan membuat bayaran bagi kursus tersebut.. Kak deMAM pulanglah esok ya, saya punya tanggungjawab yang besar dan berat sebelum pergi berhenti..akak baru je datang jenguk saya beberapa minggu lepas..


"Ya Allah hanya Engkau tempat aku bermohon dan meminta pertolongan.. Bantulah aku Ya Rahman Ya Rahim.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

  1. u got haemorrhoids?better ke now?

    ReplyDelete
  2. yup..
    ok la Mah..patut MC tp can't postpone d training kan..
    when i need to talk while standing, mmg sgt amat mencabar..
    hall besar so suara kena kuat, rasa dia mg best!!
    up 2 certain point, aku pun lost ape aku ckp..huhu..

    ReplyDelete