Container Icon

sasau..?

Sabtu 18 Disember 2010

2 ptg

Trainer : Ok cikgu dah sedia? Saya bagi ejaan, cikgu bagi saya bunyi suku kata dan satu contoh perkataan..

Cikgu R : Ok

Trainer : b-u-a

Cikgu R : b-u-a, bua, buaya

Trainer : Bagus.. s-a-u

Cikgu R : s-a-u, sau...errrr...sau..ermm..besau..?

Trainer : Hah?? Besau??
( Senyum simpul Cik CT dengar, keras perut tahan gelak )

Cikgu R : Ehh2..itu besarkan cik..?
(Trainer angguk-angguk dan senyum )

Trainer : Cikgu guna apa untuk hiris bawang?

Cikgu R : Err..s-a-u, sau, sasau

Trainer : Hehe.. Ok boleh la terima tapi tidak digalakkan guna ye cikgu.. Agak-agak kalau saya bagi w-a-u tadi mesti keluar 'haw*u' ye..



p/s : Adoiii cikgu, cikgu..bukan seorang dua daripada 54 orang, 2-3 orang je yang OK.. Bagi clue macam-macam clue dah sampai cakap, kawan biawak yang selalu duduk di sungai dan boleh makan orang, apa dia cikgu? Ular??
Huhuhu...itu la, bila banyak sangat rama-rama dan belalang main ping pong dalam perut bila dengar je ada ujian ye...
Ujian untuk Cik CT jadi lebih sabar mungkin.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

  1. aku tidak dapat memikirkan apa-apa perkataan yang bermula dengan "sau"

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    saudara pun boleh selain pisau tp boleh dia bagi aku besau.. ;))
    aku sampai tak tau nak react..senyum simpul je last2..geram pun ada jg sebenarnya.. ^_~

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Maaf, sy "berjalan2" dan sampai disini.. baru baca 2/3 entri dan terpanggil untuk komen disini.

    Hmm... sebenarnya sy terkejut. Cikgu R bukankah seorang guru? Dia kelihatan sukar benar nak sebut satu perkataan yang pd sy nampak senang terutama apabila trainer dah pun bagi "clue". Agaknya dia seorang yang gelabah?

    Maaf sekali lagi... cuma saya sedikit sedih dan kecewa juga bila tahu dia seorang guru.

    ReplyDelete