Container Icon

Salam Terakhir...!

Semalam seseorang menegur saya, ingin merisik buat kedua kalinya..Milik siapakah diri ini..?
Merisik khabar hati saya milik siapa berkenaan lamarannya yang lalu..
Saya hanya tersenyum manis sumbing..menjawab dan menerangkan situasi saya..perancangan masa depan saya…
Seseorang yang lain juga menanti penuh sabar untuk bercakap dengan saya, juga tentang lamarannya.. Ohh..risaunya mereka, saya akan menjadi andartu.. Ok tipu! Intro dah lari ni..(pap..pap..tepuk dahi!)



Ok jadual training seminggu sudah siap bertaip dan sudah disahkan dan sudah dibuat salinan dan sudah selamat berada dalam zip lock bag..bahan-bahan lain juga sudah selamat..saya kami memang efisen..
Kami merujuk kepada saya dan ‘tangan kiri’ di mana saya akan kehilangannya mulai 20 Disember.
.
Jadual kerja saya agak padat minggu hadapan dari hari Isnin hingga Sabtu..training program bacaan bagi Bahasa Melayu dari tahap 1 hingga 6.. Bilangan pelajar guru yang akan hadir hamper 30 orang bagi tahap 1 hingga 4 dan hamper 50 orang atau lebih bagi tahap 5 dan 6..

Ini bukan bidang apa lagi kepakaran saya tapi sejak lebih sembilan bulan lalu saya belajar berenang supaya tidak kelemasan di lautan itu..
Kami belajar merangkak – berdiri – bertatih – berjalan dengan sendiri tanpa bantuan siapa-siapa.. Kami syukur dengan kekuatan dan kesabaran yang diberiNya, kerana akhirnya kami mampu berdiri di atas kaki sendiri dan mengorak langkah seterusnya.. Alhamdulillah..
Sesungguhnya Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya..


13 dan 14 Disember : Tahap 1 dan 2
15 dan 16 Disember : Tahap 3 dan 4
17 dan 18 Disember : Tahap 5 dan 6



Perkenalkan bunyi suku kata mengikut tahap, sebutan yang betul bagi sesuatu perkataan.. Bermula dari perkataan satu suku kata hingga tiga suku kata, perkataan berimbuhan..
Itu bagi tahap 1 hingga 5..

Tahap 6, kami perkenalkan cara-cara membuat brownies tatabahasa.. Peringkat ini begitu mencabar saya dari dulu hingga kini kerana proses itu bukan mudah walau pun bahasa itu bahasa ibunda saya.. Saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan semua komponen bagi Tahap 5 dan 6 ini..
Ya, mungkin ini sesi training saya yang terakhir bagi tahun 2010 dan juga kerjaya saya di sini..


Disamping, kami juga memperkenalkan guru-guru dengan cara pengajaran yang kreatif, mudah dan yang penting sekali berkesan dalam memdidik kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun..
(Saya boleh dan suka mengajar guru-guru yang akan mengajar kanak-kanak kecil tapi itu tidak bermaksud saya bijak mengendali perkara berkaitan kanak-kanak kerana ia merupakan satu cabaran bagi saya)



Ya, kerana langkah saya seterusnya bukan di sini.. Ini bukan ‘passion’ saya.. Saya tidak boleh menunggu lebih lama untuk sesuatu yang tidak pasti.. Masa pantas bergerak tanpa kisah saya ada bersama atau tidak.. Saya perlu mengejar impian supaya ia menjadi kenyataan..

Walau bagaimana pun, saya bersyukur kerana peluang dan ruang ini saya belajar banyak perkara..
Saya blejar menjadi lebih tabah dan kuat dalam proses membina kerjaya..
Terima kasih Puan ‘Duit’ dan Encik ‘Nasib’ kerana percaya akan kebolehan saya..
Saya tidak akan lupa di sini saya belajar menghadam undang-undang bahasa ibunda saya..
Banyak perkara baharu yang saya belajar walaupun jalan penuh liku..


Jauh di sudut hati saya berharap agar saya akan punya ruang dan peluang untuk mengendalikan training Bahasa Inggeris buat kali terakhir sebelum proses penceraian berlaku..
Saya suka menjadi trainer bagi kedua-dua bahasa kerana saya rasa hebat dapat mengasah lagi pengetahuan saya menjadi lebih tajam tetapi antara dua, saya lebih seronok dan selesa dengan Bahasa Inggeris..


Bukan kerana saya ingin nampak hebat dengan bahasa asing itu tapi ia memang minat saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

  1. "NASIB" baik ko xde depan aku.
    kurus ko nanti aku korek cerita ko.

    ReplyDelete
  2. hehehehe...
    xpayah tunggu ko korek Mah..
    ko cuit aku sikit je pun dah berjela kot aku cita..larat ngan x larat je la nak mendengonye.. ^_^

    ReplyDelete