Container Icon

Beruntungkah saya..?!??

Incident 1 :

"Nabilah, ko ni beruntungkan ada mak ayah banyak duit.." kata seorang teman pada saya di suatu petang..
"Mesti best jadi anak perempuan tunggal kan? Mak ayah ko mesti bagi apa je ko nak kan,
yela lau tak, tak kan diorang belikan kereta, baju cantik-cantik etc etc ", tokok teman itu lagi..


Incident 2 :

"Iela, do you know how lucky are you having such a great parent?", said a friend of mine during our meeting in that afternoon.
"You know, S*** cannot graduate because she has outstanding and her mom did not afford to! (since her mom no longer working) And her dad refused to help her (her parents divorced and married with others)


Kata-kata yang dilontarkan oleh dua orang teman yang berlaian bangsa dan jantina tetapi mempunyai pokok perkara yang sama..ye..beruntungkah saya??

Alhamdulillah..saya teramat bersyukur kerana dilahirkan dari rahim seorang wanita yang begitu sabar, tabah dan gigih dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri, ibu serta pendidik kepada anak bangsanya..sekali kesyukuran itu saya panjatkan kepadaNYA kerana saya lahir dari benih seorang lelaki yang berani, sentiasa berusaha mencari rezeki untuk keluarganya, lelaki beriman yang sentiasa berusaha membentuk dan membimbing keluarganya menuju cinta hakiki yang satu itu..

Ya..merekalah buah hati pengarang jantung saya..bonda dan ayahanda saya yang tercinta..wanita dan lelaki pertama dalam hidup saya..

sayang dan cinta saya pada mereka bukan berlandaskan harta benda yang diberikan kepada saya tetapi kasih sayang, perhatian, nasihat dan bimbingan mereka sejak dari buaian hinggalah ke menara malah hingga ke saat ini..

siapa pun ibu dan ayah kita, mereka adalah mereka..tiada alang gantinya..itu yang saya beritahu kepada dua orang teman saya..
jika mereka boleh menerima kita seadanya, mengapa kita selaku anak banyak sangat persoalan yang diutarakan tentang kekurangan mereka??

tidakkah kita perlu bersyukur kerana kita masih diberi peluang olehNYA untuk menatap dan mengenal dua insan yang telah membawa kita ke dunia ini..berbanding mereka yang langsung tidak pernah berpeluang untuk menatap apa lagi merasa kasih sayang dari insan yang bergelar ibu dan ayah..dan tidakkah kita bersyukur kerana mereka telah membesarkan kita tanpa mengenal erti penat dan lelah, kita yang didodoikan di buaian dengan alunan2 zikir berbanding dengan bayi2 yang dijumpai di longkang2, tong sampah..

itu lebihnya kita..


lihatlah pada segala kelebihan yang dikurniakanNYA supaya kita sentiasa bersyukur atas nikmatNYA dan tidak sesekali alpa sehingga membawa kepada kekufuran..

anggaplah setiap apa yang kita tiada itu sebagai langkah untuk kita terus mendekatkan diri kepada yang Esa..bukan untuk diratapi, bukan juga penyebab dalam membina perasaan dengki dan amarah sehingga membawa kepada kealpaan dan kekufuran diri sebagai seorang muslim..


Sama-samalah kita bersyukur d atas segala limpah kurniaNYA..
Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment