Di kala malam dingin membisu
Rindu pula datang bertamu
Hati mula berlagu sayu
Mengenang kau nun beribu batu
Pada hati ku berbisik
Untuk terus sabar dan tabah
Berani melalui hari-hari yang berliku
Pada angin ku berpesan
Agar sampaikan rindu ini padamu
Moga kau tahu rasa hatiku
Pada diri ku ajar
Untuk terus kuat berdiri
Mengatur langkah
Lalu bertapak maju menyambung perjalanan hidup
Pada Pencipta ku sujud merayu
Moga benteng iman kita terus utuh dan teguh
Seperti karang di lautan
Kukuh menahan badai yang tiba
Doa ku pada-Nya hanya satu
Andai benar akad mu milikku
Moga kan punya ruang dan peluang
Kita bina masjid bersama
Andai tidak
Pasti DIA punya hadiah buat kita
DIA penyimpan semua rahsia
Mengapa kita bertemu dan berpisah jua
Kerana aturan-Nya
~Coretan rasa hati
Jumaat, 15042011
2:30 a.m
KL~
::: Tabahlah hati :::
~Sembilan Tahun 3 hari~
Sembilan tahun yang lalu, saya kehilangan salah seorang insan tersayang dalam hidup saya..
Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam keluarga saya terutama Nyaie..
Saya menangis teresak-esak di tepi dinding..
Tetapi di sebalik tabir kelam itu, kami bersyukur kerana akhirnya beliau dijemput pulang ke pangkuan Yang Esa setelah menanggung sakit untuk tempoh yang panjang..
Ia juga merupakan ujian dari Dia buat anak-anak dan cucu-cucu beliau untuk menguruskan beliau sepanjang hayatnya..
Pengajaran secara tidak langsung buat cicit-cicit akan erti tanggungjawab seorang anak kepada ibubapa..
Belajar menghargai iap titis peluh, bait-bait kata yang dikeluarkan pada kita kerana semua itu dilontarkan bukan kerana benci atau marah tetapi kerana sayang..ya sayang dan kasih dari seorang tua yang sentiasa mahukan yang terbaik buat keturunannya..
Beliau seorang yang kuat semangat, gigih bekerja, berani orangnya serta penyayang..
Dengan beliau, saya dan sepupu, kami berdua akan bermalam di rumah beliau ketika cuti sekolah panjang, semalam dua buat penemannya..
Dengan beliau juga saya mengulang mengaji sebelum majlis khatam al-Quran..
Dengan beliau, saya banyak tidur bersama sambil memeluk beliau..
Dengan beliau tempat saya mengadu bila dimarah Cikgu Mohayah..
Dengan beliau saya meluah rasa seperti tidak mahu meneruskan perjuangan di Desa Tun dulu..
Ya sangat banyak sebenarnya kenangan bersama beliau..
beliau begitu disayangi saya..
beliau antara insan yang bersusah payah membesarkan saya..
.
tap
.
tap
.
tap
.
tap
.
air panas menitis jatuh di jari-jari tembam saya
.
begitu sayu rasa hati
.
beliau menyahut panggilan Ilahi pada 2 Muharam 1423 H..
Beliau ialah moyang saya, Buyut Hjh Kamirah Hj Maksom..
.
Malam ini hati saya begitu kuat teringat akan beliau..
Yot..yot..jom tido umah nyaie malam ni..(antara dialog saya kepadanya..Allah, rindunya saya akan panggilan itu)
Doa saya moga beliau aman dan sejahtera di sana dan ditempatkan Allah bersama-sama orang-orang beriman..
Moga DIA juga meringankan beban dan memudahkan perjalanan Yot Rah saya ke syurga..
Ameen..
p/s : saya bersyukur kerana masih punya Nyaie dan Yaie serta Wan..moga dengan ruang masa yang tidak ketahuan oleh saya tentang tempohnya, saya akan berusaha menyenagkan hati mereka.. Moga Allah turut permudahkan urusan mereka di dunia ini, dalam melalui hari-hari sebelum mengadapNya..bukan maksud saya mereka ini akan pergi dulu sebelum saya tetapi ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu hanya Dia yang maha Mengetahui..
..bye..bye..hye..hye...
Selamat jalan Abg NOvember,
Selamat datang Kak DIsember...
sebulan lagi tinggal sebelum Encik 2010 mengucapkan selamat tinggal...
enam hari sahaja lagi Tuan Haji 1431 akan bersama-sama kita...
Dengan ruang senggang yag agak menghimpit ini, aku terfikir apakah yang sudah saya lakukan, capai dalam hidup saya sebagai seorang hambaNYA, anak kepada emak dan ayah, kakak kepada adik dan adik sepanjang saya bersama dengan Encik 2010 ini...
Mungkin ini juga ruang masa untuk saya mengatur perancangan hidup saya untuk tahun hadapan sebagai persiapan azam di tahun baharu...
Selain bersedia untuk tidak bersedia dengan perancangan tetap oleh pencipta kita yang Maha Esa..
Ya Hijrah 1432 & Masihi 2011, both of them are just around the corner, bak kata yai'e (atuk) saya..! ^_^
Entri pertama di bulan Disember..!
Pahit Manis Sekeping Coklat
When you win,
I'll proud telling the world, " Hey, that's my friend"..
But when you lose,
I'll sit by your side, hold your hands and say,
" Hey, I'm your friend"..
Itu SMS daripada seorang teman di kala saya hampir lemas di lautan perasaan..
Dia antara mereka yang membantu saya untuk bangun..bangun bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai, di saat-saat kecemasan..
Dia antara teman yang sanggup menangis ketika saya jatuh tersungkur..
Dia juga mengingatkan saya akan tiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..
Jodoh ajal maut semua di tangan DIA pencipta kita, bukan semua yang kita rasa baik itu adalah yang terbaik di pandangan NYA dan bukan semua yang buruk pada pandangan kita sebagai manusia kerdil ini buruk pada NYA yang Maha Mengetahui untuk kita umatNYA..percayalah bahawa DIA tidak pernah zalim..DIA pencipta kita, takkanlah DIA hanya mahu lihat kita susah..tiap kesulitan itu pasti ada kemanisan..DIA sayang kamu sebab itu DIA beri kamu ujian..
Ya..itu kata-kata yang pernah dibisikkan di telinga saya ketika saya butuhkan semangat dan kekuatan untuk terus berdiri dan mengorak langkah..
Dia bukan sahaja orang yang bertanggungjawab menaip dan menyediakan minit-minit tiap kali mesyuarat, dia bukan sahaja teman serumah saya tapi dia juga merupakan sepasang telinga saya yang lain; sentiasa bersedia berkhidmat untuk orang seperti saya..
Terima kasih..
Tiada kata yang dapat mengungkap tiap apa yang telah kalian lakukan..
Ya, hari ini genap 2 tahun pengalaman perit itu berlalu..
Genap 2 tahun juga kata-kata semangat kalian sentiasa tersemat dalam lubuk hati ini..
Genap 2 tahun saya belajar untuk terus menjadi berani menghadapi tiap ujian yang datang, bukan mudah tapi saya yakin dengan usaha dan doa kepadaNYA, saya boleh..
Terima kasih di atas huluran tangan kalian untuk membantu saya kembali ke tepian, berlatih berdiri dan belajar erti berani untuk mengorak langkah seterusnya..
Tanpa bantuan dan kesedaran yang diberikan, mungkin tidak saya berdiri di sini, mungkin juga tidak saya menyarung jubah merah setahun yang lalu, sekaligus mengecewakan hati mereka yang sayang, kasih dan cintakan saya tanpa mengharapkan sebarang balasan..
Doa saya buat kalian,
moga urusan harian kalian dipermudahkan, moga apa yang kalian harap dan rancangkan juga akan menemui kejayaan..
moga kalian dimurahkan rezeki yang halal serta jodoh pasangan yang beriman..
Ya bercinta kerana Allah, bukan kerana tuntutan nafsu atau perasaan semata-mata, insyaAllah beroleh berkat..
Langkah harus ke depan dan bukan ke belakang..insyaAllah..






