Di kala malam dingin membisu
Rindu pula datang bertamu
Hati mula berlagu sayu
Mengenang kau nun beribu batu
Pada hati ku berbisik
Untuk terus sabar dan tabah
Berani melalui hari-hari yang berliku
Pada angin ku berpesan
Agar sampaikan rindu ini padamu
Moga kau tahu rasa hatiku
Pada diri ku ajar
Untuk terus kuat berdiri
Mengatur langkah
Lalu bertapak maju menyambung perjalanan hidup
Pada Pencipta ku sujud merayu
Moga benteng iman kita terus utuh dan teguh
Seperti karang di lautan
Kukuh menahan badai yang tiba
Doa ku pada-Nya hanya satu
Andai benar akad mu milikku
Moga kan punya ruang dan peluang
Kita bina masjid bersama
Andai tidak
Pasti DIA punya hadiah buat kita
DIA penyimpan semua rahsia
Mengapa kita bertemu dan berpisah jua
Kerana aturan-Nya
~Coretan rasa hati
Jumaat, 15042011
2:30 a.m
KL~
::: Tabahlah hati :::
::Andai Ku Pergi::
Cerita hidup kian berlalu membawaku ke penghujung
Aku langkah kian lemah kelu lidah untuk bicara
Hanyut jingga warna senja pasir bayu membisik duka
Kealpaan yang semalam inginku lepaskan luka silam
Bersama rayu doa damba keampunanNYA
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari ilahi
Andai kupergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang maha agung
Doakan aku sejahtera disisiNYA…
Usah gentar usah rindu
Bertarung difikiranku
Wajah ceria senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya
Andai diriku pergi
Tinggalkan mu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari ilahi
Andai kupergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang maha agung
Doakan aku sejahtera disisiNYA…
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
Padamu kekasih
Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku,menemaniku saat akhir waktu
Kubersaksi diriku tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku kuserahkan segala kepadaMU
Mirwana,
Andai Kupergi
p/s : perjalanan hidup sebagai hambaNya hanya Dia yang maha mengetahui di mana tapak untuk ku bertapak dan beridiri..doaku padaMu agar tiap apa yang direncana untukku adalah sesuatu yang mampu untuk ku galas Ya ALLAH~
Pre Hijrah 1432~
Isnin 6 Disember 2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431 ...
Cuaca pagi sungguh nyaman, trafik pun tak la sesibuk selalu..
"Warga kota ramai yang mengambil cuti since esok Ma'al Hijrah", detik si hati..
Memandu seorang diri pergi dan balik kerja sering membawa diri terbang melayang berfikir mengenai pencapaian dan perancangan dalam hidup..
"How time flies", me said deep down my heart..
What do I want or to achieve for the upcoming new year?
There will be a long list of 'IT'
p/s : balik ni nak kena tulis dalam organizer baharu ni..baru nampak dengan terang dan jelas.. =)
Memoir of 12 June 2010
Scene 1 :
Training Director : CT, u look so stress..are you ok? Don't worry, I know your performances..why don't you go for lunch, empty stomach is not good.. (peringatan dari seorang ketua yang tegas dalam lembut, saya suka cara beliau menegur )
Scene 2 :
Bonda : Hello, assalamualaikum..anje mak, buat ape tu? dah makan? (soalan2 pembukaan sejak 6 tahun lalu :) )
Ya Allah, hati2 bawa kereta..jangan lupa makan ye nak.. (pesan bonda lagi)
Scene 3 :
Chef of the day : Che nab, dah makan? I masak sardin je, gi la makan..sorry ye che Nab (kakak serumah yang sentiasa sudi memasak untuk dimakan bersama2..sardin pun alhamdulillah )
Scene 4 :
Little BUT big : Hello, assalamualaikum kak..kak, blik x hujung minggu ni? balik la..mak lupa nak tanya tadi..mak kata, kalau akak balik nak gi makan atas bot...balik ye.. (ayat dari adik kecil tapi besar saya jawab dengan tenang & berhemah, walaupun kelopak mata telah digenangi air )
Scene 5 :
Tuan Putera : Salam, apa khbar? senyap je? I nak minta izin bawa you keluar dinner mlm sok..? Nway, U nak kek ape ye? NY cheesecake or OREO cheese cake? ( SMS yang buat saya gugup..ohh..dah hampir suku abad, tanpa kehadiran kek pun tidak pernah mengecilkan hati ini..cukup dengan ucapan bersama doa'2 dr yg insan2 t'sayang)
Yee..itu insiden-insiden sehari sebelum tanggal 12 Jun menjelang...
badan yang sakit-sakit serta kepala yang berdenyut saban hari dipandang sepi kerana tidak mahu terlalu memanjakan diri, hinggalah 12.30 tegah malam 12 Jun, diri terjaga dari tidur kerana badan yang sangat panas,
diikuti cirit-birit, muntah-muntah..berjagalah saya hingga Cik Matahari sambil berdoa supaya diberi kekuatan olehNYA untuk bekerja esok hari..bukan saya kuat bekerja tapi tugas saya belum selesai; cuti sekolah adalah masa yang paling sibuk bagi saya kerana perlu mengendalikan 'training' kepada guru-guru SRK...
Sesungguhnya DIA maha mengetahui..
Demam beserta sakit-sakit sampingan yang lain datang menjengah diri untuk memberi ruang kepada diri ini berehat..
Berehat daripada bebanan kerja di pejabat..
duduk di rumah sambil membaca, mengambil ubat dan merehatkan diri dengan harapan diri segera sembuh kerana sedar akan tanggungjawab yang menanti..
Alhamdulillah, saya bersyukur dengan 'ruang' yang DIA berikan kepada saya..
Sambutan hari lahir pada tahun ini memang berbeza dari tahun-tahun sebelum ini..
'Merehatkan' diri & minda serta bacaan ya'asin dan solat hajat untuk kesejahteraan diri dan keluarga di duni a dan akhirat..
Syukur kerana tahun ini, cara saya menyambut penambahan usia sedikit berbeza..
Semoga dengan bertambah usia, saya menjadi semakin matang, ibadat kepadaNYA makin bertambah baik, hubungan, layanan & tanggngjawab kepada keluarga juga turut berubah..
Ameen..
Buat ayahanda bonda tercinta,
ucapan terima kasih tidak terhingga buat kalian di atas segala kasih sayang, perhatian, nasihat yang diberikan sejak 24 tahun yang lalu..






