Sabtu 18 Disember 2010
2 ptg
Trainer : Ok cikgu dah sedia? Saya bagi ejaan, cikgu bagi saya bunyi suku kata dan satu contoh perkataan..
Cikgu R : Ok
Trainer : b-u-a
Cikgu R : b-u-a, bua, buaya
Trainer : Bagus.. s-a-u
Cikgu R : s-a-u, sau...errrr...sau..ermm..besau..?
Trainer : Hah?? Besau??
( Senyum simpul Cik CT dengar, keras perut tahan gelak )
Cikgu R : Ehh2..itu besarkan cik..?
(Trainer angguk-angguk dan senyum )
Trainer : Cikgu guna apa untuk hiris bawang?
Cikgu R : Err..s-a-u, sau, sasau
Trainer : Hehe.. Ok boleh la terima tapi tidak digalakkan guna ye cikgu.. Agak-agak kalau saya bagi w-a-u tadi mesti keluar 'haw*u' ye..
p/s : Adoiii cikgu, cikgu..bukan seorang dua daripada 54 orang, 2-3 orang je yang OK.. Bagi clue macam-macam clue dah sampai cakap, kawan biawak yang selalu duduk di sungai dan boleh makan orang, apa dia cikgu? Ular??
Huhuhu...itu la, bila banyak sangat rama-rama dan belalang main ping pong dalam perut bila dengar je ada ujian ye...
Ujian untuk Cik CT jadi lebih sabar mungkin.. ^_^
sasau..?
Salam Terakhir...!
Semalam seseorang menegur saya, ingin merisik buat kedua kalinya..Milik siapakah diri ini..?
Merisik khabar hati saya milik siapa berkenaan lamarannya yang lalu..
Saya hanya tersenyum manis sumbing..menjawab dan menerangkan situasi saya..perancangan masa depan saya…
Seseorang yang lain juga menanti penuh sabar untuk bercakap dengan saya, juga tentang lamarannya.. Ohh..risaunya mereka, saya akan menjadi andartu.. Ok tipu! Intro dah lari ni..(pap..pap..tepuk dahi!)
Ok jadual training seminggu sudah siap bertaip dan sudah disahkan dan sudah dibuat salinan dan sudah selamat berada dalam zip lock bag..bahan-bahan lain juga sudah selamat..saya kami memang efisen..
Kami merujuk kepada saya dan ‘tangan kiri’ di mana saya akan kehilangannya mulai 20 Disember.
.
Jadual kerja saya agak padat minggu hadapan dari hari Isnin hingga Sabtu..training program bacaan bagi Bahasa Melayu dari tahap 1 hingga 6.. Bilangan pelajar guru yang akan hadir hamper 30 orang bagi tahap 1 hingga 4 dan hamper 50 orang atau lebih bagi tahap 5 dan 6..
Ini bukan bidang apa lagi kepakaran saya tapi sejak lebih sembilan bulan lalu saya belajar berenang supaya tidak kelemasan di lautan itu..
Kami belajar merangkak – berdiri – bertatih – berjalan dengan sendiri tanpa bantuan siapa-siapa.. Kami syukur dengan kekuatan dan kesabaran yang diberiNya, kerana akhirnya kami mampu berdiri di atas kaki sendiri dan mengorak langkah seterusnya.. Alhamdulillah..
Sesungguhnya Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya..
13 dan 14 Disember : Tahap 1 dan 2
15 dan 16 Disember : Tahap 3 dan 4
17 dan 18 Disember : Tahap 5 dan 6
Perkenalkan bunyi suku kata mengikut tahap, sebutan yang betul bagi sesuatu perkataan.. Bermula dari perkataan satu suku kata hingga tiga suku kata, perkataan berimbuhan..
Itu bagi tahap 1 hingga 5..
Tahap 6, kami perkenalkan cara-cara membuat brownies tatabahasa.. Peringkat ini begitu mencabar saya dari dulu hingga kini kerana proses itu bukan mudah walau pun bahasa itu bahasa ibunda saya.. Saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan semua komponen bagi Tahap 5 dan 6 ini..
Ya, mungkin ini sesi training saya yang terakhir bagi tahun 2010 dan juga kerjaya saya di sini..
Disamping, kami juga memperkenalkan guru-guru dengan cara pengajaran yang kreatif, mudah dan yang penting sekali berkesan dalam memdidik kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun..
(Saya boleh dan suka mengajar guru-guru yang akan mengajar kanak-kanak kecil tapi itu tidak bermaksud saya bijak mengendali perkara berkaitan kanak-kanak kerana ia merupakan satu cabaran bagi saya)
Ya, kerana langkah saya seterusnya bukan di sini.. Ini bukan ‘passion’ saya.. Saya tidak boleh menunggu lebih lama untuk sesuatu yang tidak pasti.. Masa pantas bergerak tanpa kisah saya ada bersama atau tidak.. Saya perlu mengejar impian supaya ia menjadi kenyataan..
Walau bagaimana pun, saya bersyukur kerana peluang dan ruang ini saya belajar banyak perkara..
Saya blejar menjadi lebih tabah dan kuat dalam proses membina kerjaya..
Terima kasih Puan ‘Duit’ dan Encik ‘Nasib’ kerana percaya akan kebolehan saya..
Saya tidak akan lupa di sini saya belajar menghadam undang-undang bahasa ibunda saya..
Banyak perkara baharu yang saya belajar walaupun jalan penuh liku..
Jauh di sudut hati saya berharap agar saya akan punya ruang dan peluang untuk mengendalikan training Bahasa Inggeris buat kali terakhir sebelum proses penceraian berlaku..
Saya suka menjadi trainer bagi kedua-dua bahasa kerana saya rasa hebat dapat mengasah lagi pengetahuan saya menjadi lebih tajam tetapi antara dua, saya lebih seronok dan selesa dengan Bahasa Inggeris..
Bukan kerana saya ingin nampak hebat dengan bahasa asing itu tapi ia memang minat saya..
Sesungguhnya, Dia tidak pernah zalim...
Selepas dua minggu cik gembira dan encek rajin melarikan diri dan saya telah menerima kehadiran mr. lazy dan mrs. hatred sehingga mencapai tahap emosional yang klimaks....
Di samping rasa keyakinan yang kian luntur hingga hampir mencecah paras 'zero'.. hampir saban hari, nafsu sibuk mencari alasan untuk tidak meneruskan perjuangan di medan perang ini...
Sehinggalah tibanya saat masyarakat Tionghua mahu merayakan Tahun Baru mereka,
jadi saya yang separa cina dan jawa ini turut menumpang bahagia..
Subuh2 sepi'ei dengan ditemani seorang teman lama, kami bertolak balik ke kampung tercinta... perjalan sejauh lebih 600km itu saya lalui dengan seribu satu macam gelora di jiwa sehingga menyebabkan kami hanya berhenti rehat sekali saja...
Tiga hari bersama yang tercinta mendatangkan 1000 ketenangan pada jiwa ini..
Mendakap erat tubuh bonda, mengucup pipinya, bermanja-manja di pehanya sehinggakan mendatangkan kembali semua rasa yang pergi..
Sebelum pulang, saya kucup tangan kedua-dua cinta hati saya, memohon segala kemaafan atas segala keterlanjuran kata dan sikap serta memohon keberkatan dan restu mereka terhadap bidang tugas yang saya ceburi sekarang ini..
Dengan seribu kepayahan saya menjelaskan segalanya semula dam meraih simpati mereka untuk meletakkan sedikit keyakinan dan dalam masa yang sama memberi saya peluang untuk menimba pengalaman dalam bidang yang diceburi...saya yakin dengan adanya restu dari mereka, jalan hidup saya akan menjadi mudah dan berkat...
Dan hari ini, saya bersyukur ke hadratNya kerana telah menemukan semula cik gembira dan encek rajin dengan diri kerdil ini...
Alhamdulillah..saya telah pergi bekerja dengan hati yang lapang dan tenang serta perasaan yang sukar dimengertikan...
Dan di kala terik matahari memanah 'periuk nasi' saya telah dikejutkan dengan berita bahawa saya akan menjalankan sesi pertama untuk mengendalikan 'teachers' training' di tanah kelahiran tercinta saya, Johor pada awal Mac depan..
Sebelum itu, saya perlu menghabiskan sesi 'microteaching' yang ada...
Ya ALLAH..sesungguhnya hanya Dia maha mengetahui bagaimana perasaan ku ketika itu..
gembira, risau yang sentiasa mendebarkan jiwa ini...
Malam ini sama seperti malam-malam sebelumnya,
saya akan menelefon cinta hati saya untuk mengkhabarkan berita ini dan yang penting sekali mendapatkan doa darinya...
Doa bonda umpama pedang yang tajam dalam setiap perjuangan zuriatnya..!!
INgin saya kongsikan kata-kata ini
"....apabila tertutup sudah mata seorang ibu, maka hilanglah satu keberkatan si anak di sisi Allah. Doa ibu, tidak lagi mengiringinya.....Tuhan, panjangkan umur bondaku supaya aku sentiasa mendapatkan keberkatanMU..."
Amin.
Kata-kata di atas yang saya ambil dari blog kesukaan saya; www.xiiinam751.blogspot.com, blog yang begitu membina jiwa lewat entri-entri pemiliknya Ck Lah.. maaf Ck Lah, izinkan saya meminjam kata-kata tersebut..
Kata-kata tersebut turut dipaparkan di akhir rancangan Cerekarama; 'Rasa Batinku' (kalau tidak silap saya)...
Keberkatan, kesenangan hidup seorang anak banyak bergantung kepada kekutan doa dan restu dari ayah ibu terutamanya...
Jadi sama-samalah kita menjalankan tugas sebagai seorang anak dengan sebaik mungkin..
buruk atau baiknya mereka, mereka tetap induk kita..tanpa mereka, tiada lah kita di bumi yang fana ini..
Sayangi ibuayah kita selagi mereka dan diri kita masih bernafas di pentasNya ini..
Jika ditakdirkan mereka pergi dulu sebelim kita, iringilah mereka dengan doa dan amalan-amalan baik buat bekalan mereka di sana...
KepadaMu ya Rabbi, aku memohon semoga perjalanan hidup ini sentiasa dipayungi rahmat dan keberkatanMu dengan di iringi doa dari kedua orang tuaku....
Ameen....
Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah..Mencari cintaNya yg hakiki!!
...1st STEP to D REAL World...
Sudah lame rasanya tidak menjejakkan kaki ke blog sendiri...
Bermaksud lama juga tidak menulis entri baru...
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, selawat ke atas junjunganNYA, keberkatan dan keredhaan dari mereka yang tercinta; mak ayah..maka hari ini 18 Januari 2010, aku memulakan langkah baru dalam hidup selepas bergelar seorang graduan...
Jutaan kesyukuran ke hadrat RAbbul 'Izzati atas segala rahmat, rezeki yang diberikanNYA pada insan kerdil ini...Sesungguhnya Ya Rahman, Ya Rahim, aku terlalu bersyukur di atas peluang rezeki ini..semoga keikhlasan, kejujuran, semangat bekerjasama terus kekal dalam diri ini demi mencari rezeki halal lagi diberkatiMU...
18 Januari 2010 dengan rasminya aku melapor diri diSmart Reader Worldwide Desa Sri Hartamas selaku trainer cum translator cum writer..Ya ALLAH hanya Engkau maha mengetahui kemampuan serta keupayaan ku ini, permudahkan segala urusan kerjaku...semoga dengan kedatangan ku, 1000 kebaikkan dan keberkatan terus diberikan kepada syarikat serta diri ini...
Hari pertama, aku telah diberi kepercayaan untuk 'check & amend' buku kerja bagi subjek English & Science tanpa melalui sesi orientasi yang panjang...selesai tugas pertama, Ketua Jabatan terus memberikan tugas untuk melihat semula/review syllabus Maths & Scs yang digunakan oleh SRWW, memandangkan KPM telah mengeluarkan syllabus baru bagi prasekolah di Malaysia..."You'll follow me to present it to our CEO & GED as well as the ministry"..
Ya ALLAH, hanya Engkau maha mengetahui lagi maha mendengar perasaan ku di kala itu..
sekiranya ini adalah jalan & tugas terbaik buat diri ini serta syarikat dan juga komuniti, KAU berikan ketenangan dan permudahkan segala urusanku dalam menyiapkan tugasan ini..hanya Engkau tempat aku bermohon Ya ALLAH..
Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah..Mencari CintaNya yg Hakiki!






