After a LOOOOOOONG break.....
Welcome back to me myself after taking such a long break.. Berhabuk, bersawang-sawang dah blog ni.. Agaknya kalau labah-labah boleh masuk, dah tentu ada spider web.. =)
I have made a drastic move for my career; from education line to financial line.. But the mission is still the same, to educate people.. InsyaAllah..
Moga-moga blog ini akan menjadi satu wadah untuk saya berkongsi ilmu dari masa ke masa..
*images credited to Abg Google~
~Begedil~ - 1st Attempt
BOSAN dengan makanan di gerai membawa aku ke Giant Batu Caves lepas maghrib Jumaat lalu..
Beli 'ribs' 2 ketul dan 'thigh part' 2 ketul, nasi impit Adabi, daging kisar Ramly, kentang 6 biji, lada hitam, bawang besar 3 biji, bawang kecil, bayam, kangkung, 'sausage', beras 5kg (boleh ke habis sebelum pindah ni)...
Apakah menu yang menari-nari di minda?
S.O.T.O... ya soto ayam..apalah makna makan soto tanpa si begedil..lagi-lagi begedil yang ada banyak daging..owhhh...(dulu masa matriks, suka makan degil walau pun daging hanya seketul dua )
Maka ini resepi :
Bahan A :
6 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih serta sedikit lada hitam ditumbuk lumat, perap bersama daging selama lebih kurang sejam
Goreng daging menggunakan kuali Tefal, masukkan sedikit garam halus
(untuk keringkan air daging sebenarnya)
Bahan B :
6 biji kentang di basuh bersih dan direbus
Kentang yang sudah empuk, dikupas kulitnya
Lecek kentang-kentang yang mulus sehingga hancur
Masukkan bahan A dan gaul sebati
masukkan sedikit daun sup
Gaul sebati, jika terlalu lembik letakkan sedikit tepung jagung
Bulat-bulatkan begedil dan simpan dalam 'fridge'
Untuk goreng :
Panaskan minyak - celup begedil dalam telur yang telah dipukul - masukkan - angkat setelah kekuning-kuningan
Makan bersama soto yang dimasak sendiri bersama sambal kicap, licin mangkuk..
Alhamdulillah rezeki Allah beri, dapat berkongsi bersama-sama..
Esok bolehlah bawa untuk Kak Zahurah..boleh menunjuk-nunjuk dirasa bersama..
Yala asyik pulangkan 'tupperware' kosong, segan juga..huhu..
Kakak yang selalu beri saya makanan untuk badan dan juga minda..Alhamdulillah..
DIA tidak memberi aku seorang insan bergelar kakak tetapi dalam perjalan hidup ini, DiA ketemukan aku dengan insan yang menganggap aku adiknya..
p/s : Mak Ajah dan Ayah Aji sampai telefon bertanya betul ke gambar begedil yang di MMS itu dibuat oleh wedoknya...nampak sangat orang selalu masuk dapur untuk mengisi perut saja bila di kampung..hehehe..