Container Icon

~Begedil~ - 1st Attempt

BOSAN dengan makanan di gerai membawa aku ke Giant Batu Caves lepas maghrib Jumaat lalu..

Beli 'ribs' 2 ketul dan 'thigh part' 2 ketul, nasi impit Adabi, daging kisar Ramly, kentang 6 biji, lada hitam, bawang besar 3 biji, bawang kecil, bayam, kangkung, 'sausage', beras 5kg (boleh ke habis sebelum pindah ni)...


Apakah menu yang menari-nari di minda?

S.O.T.O... ya soto ayam..apalah makna makan soto tanpa si begedil..lagi-lagi begedil yang ada banyak daging..owhhh...(dulu masa matriks, suka makan degil walau pun daging hanya seketul dua )


Maka ini resepi :

Bahan A :

6 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih serta sedikit lada hitam ditumbuk lumat, perap bersama daging selama lebih kurang sejam

Goreng daging menggunakan kuali Tefal, masukkan sedikit garam halus
(untuk keringkan air daging sebenarnya)



Bahan B :

6 biji kentang di basuh bersih dan direbus

Kentang yang sudah empuk, dikupas kulitnya

Lecek kentang-kentang yang mulus sehingga hancur

Masukkan bahan A dan gaul sebati

masukkan sedikit daun sup

Gaul sebati, jika terlalu lembik letakkan sedikit tepung jagung

Bulat-bulatkan begedil dan simpan dalam 'fridge'


Untuk goreng :

Panaskan minyak - celup begedil dalam telur yang telah dipukul - masukkan - angkat setelah kekuning-kuningan

Makan bersama soto yang dimasak sendiri bersama sambal kicap, licin mangkuk..
Alhamdulillah rezeki Allah beri, dapat berkongsi bersama-sama..

Esok bolehlah bawa untuk Kak Zahurah..boleh menunjuk-nunjuk dirasa bersama..
Yala asyik pulangkan 'tupperware' kosong, segan juga..huhu..
Kakak yang selalu beri saya makanan untuk badan dan juga minda..Alhamdulillah..
DIA tidak memberi aku seorang insan bergelar kakak tetapi dalam perjalan hidup ini, DiA ketemukan aku dengan insan yang menganggap aku adiknya..




p/s : Mak Ajah dan Ayah Aji sampai telefon bertanya betul ke gambar begedil yang di MMS itu dibuat oleh wedoknya...nampak sangat orang selalu masuk dapur untuk mengisi perut saja bila di kampung..hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

  1. dh bertukar jadi blog masak memasak kah?
    keh3..

    ReplyDelete
  2. Man Ana : bukan tukar jadi blog memasak..sy ni memang pengikut mazhab imam syafie tapi tidak sehebat beliau maka,perlu la mencatat resipi di mana2.. :)

    ReplyDelete