Container Icon

After a LOOOOOOONG break.....



Welcome back to me myself after taking such a long break.. Berhabuk, bersawang-sawang dah blog ni.. Agaknya kalau labah-labah boleh masuk, dah tentu ada spider web.. =)




I have made a drastic move for my career; from education line to financial line.. But the mission is still the same, to educate people.. InsyaAllah..




Moga-moga blog ini akan menjadi satu wadah untuk saya berkongsi ilmu dari masa ke masa..




*images credited to Abg Google~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Begedil~ - 1st Attempt

BOSAN dengan makanan di gerai membawa aku ke Giant Batu Caves lepas maghrib Jumaat lalu..

Beli 'ribs' 2 ketul dan 'thigh part' 2 ketul, nasi impit Adabi, daging kisar Ramly, kentang 6 biji, lada hitam, bawang besar 3 biji, bawang kecil, bayam, kangkung, 'sausage', beras 5kg (boleh ke habis sebelum pindah ni)...


Apakah menu yang menari-nari di minda?

S.O.T.O... ya soto ayam..apalah makna makan soto tanpa si begedil..lagi-lagi begedil yang ada banyak daging..owhhh...(dulu masa matriks, suka makan degil walau pun daging hanya seketul dua )


Maka ini resepi :

Bahan A :

6 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih serta sedikit lada hitam ditumbuk lumat, perap bersama daging selama lebih kurang sejam

Goreng daging menggunakan kuali Tefal, masukkan sedikit garam halus
(untuk keringkan air daging sebenarnya)



Bahan B :

6 biji kentang di basuh bersih dan direbus

Kentang yang sudah empuk, dikupas kulitnya

Lecek kentang-kentang yang mulus sehingga hancur

Masukkan bahan A dan gaul sebati

masukkan sedikit daun sup

Gaul sebati, jika terlalu lembik letakkan sedikit tepung jagung

Bulat-bulatkan begedil dan simpan dalam 'fridge'


Untuk goreng :

Panaskan minyak - celup begedil dalam telur yang telah dipukul - masukkan - angkat setelah kekuning-kuningan

Makan bersama soto yang dimasak sendiri bersama sambal kicap, licin mangkuk..
Alhamdulillah rezeki Allah beri, dapat berkongsi bersama-sama..

Esok bolehlah bawa untuk Kak Zahurah..boleh menunjuk-nunjuk dirasa bersama..
Yala asyik pulangkan 'tupperware' kosong, segan juga..huhu..
Kakak yang selalu beri saya makanan untuk badan dan juga minda..Alhamdulillah..
DIA tidak memberi aku seorang insan bergelar kakak tetapi dalam perjalan hidup ini, DiA ketemukan aku dengan insan yang menganggap aku adiknya..




p/s : Mak Ajah dan Ayah Aji sampai telefon bertanya betul ke gambar begedil yang di MMS itu dibuat oleh wedoknya...nampak sangat orang selalu masuk dapur untuk mengisi perut saja bila di kampung..hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::: Tabahlah hati :::

Di kala malam dingin membisu
Rindu pula datang bertamu
Hati mula berlagu sayu
Mengenang kau nun beribu batu


Pada hati ku berbisik
Untuk terus sabar dan tabah
Berani melalui hari-hari yang berliku


Pada angin ku berpesan
Agar sampaikan rindu ini padamu
Moga kau tahu rasa hatiku


Pada diri ku ajar
Untuk terus kuat berdiri
Mengatur langkah
Lalu bertapak maju menyambung perjalanan hidup


Pada Pencipta ku sujud merayu
Moga benteng iman kita terus utuh dan teguh
Seperti karang di lautan
Kukuh menahan badai yang tiba


Doa ku pada-Nya hanya satu
Andai benar akad mu milikku
Moga kan punya ruang dan peluang
Kita bina masjid bersama


Andai tidak
Pasti DIA punya hadiah buat kita
DIA penyimpan semua rahsia
Mengapa kita bertemu dan berpisah jua
Kerana aturan-Nya






~Coretan rasa hati
Jumaat, 15042011
2:30 a.m
KL~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~PERINGATAN DARI ENCIK POLIS~

PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA, KOLEJ ATAU SEKOLAH SENDIRIAN.

Jika anda t’jumpa seorang budk kcil sdg mngis ats jln,yg mbri anda almtnya n m’minta anda agr mhntrnya ke almt t’sbt. Sla bwanya ke blai polis. X kra apa yg anda mhu lku kn, JANGAN bwanya ke almt yg dbrikn. Ini adlh tktik bru utk pjnyh mrogol wnta. Sila sms kn msj ini kpd smua rkn anda agr mrk blh mberi thu mklumt ini kpd rkn2 mrk n ahli keluarga mrk. Terima kasih. Dari ASP SUMAN KUMAR D9-Bukit Aman
Smpaikan kpd shbt2 yg brknaan




Kiriman pesanan ringkas daripada seorang ibu yang sentiasa menitik beratkan faktor keselamatan anaknya..
Ya, terima kasih bondaku..!
Doakan keselamatan dan kesejahteraan anakanda ini ya..
Terima kasih bonda!




p/s : SMS dihantar sejak bulan November yang lalu,baru ni terhegeh-hegeh nak post..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:::Words of Thought :::

Don't feel sad that people remember you only in need...



Feel happy that you are like a

C A N D L E

which comes to their minds when

there is darkness in their lives . . .





p/s: thanks 'you' for cheering me up..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Piece of Words from Adolf Hitler~

" One who wins without

P R O B L E M S ,

is

V I C T O R Y . . .


but

One who wins with lots of

T R O U B L E,

he creates

H I S T O R Y . . . .




~HITLER~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS