Alhamdulillah..lega sikit rasanya sakit-sakit sendi di badan bila mendengar suara 'itu'..
Ya, suara itu yang saya rindu sangat-sangat..
Hari ini demam itu samapi ke kemuncaknya..sakit sendi yang cuba ditahan itu semakin terasa..keseorangan di rumah buat saya buntu bagaimana mahu ke klinik..
Alhamdulillah saya punya kawan yang sanggup mencari rumah saya yang agak tersorok di Sentul itu..
Beliau tengah bekerja semasa saya menghantar SMS kepadanya, dia minta saya tunggu di rumah sementara dia berusaha untuk datang..
Kami ke klinik Alam Medic, hujan renyai-renyai buat saya rindu sesusuk tubuh nun jauh di selatan..
Doktor menasihatkan saya untuk menjalani ujian darah sekali lagi..
Ya kerana sudah 14 hari saya demam, 'ON & OFF'..
Saya kuatkan semangat menghabiskan semangkuk bubur ayam, walau hanya separuh sahaja yang mampu ditelan...
'Gula-gula putih pemberian Doktor Rarimala saya telan..
Badan mula berpeluh selepas sejam, alhamdulillah..
Kesediaan dia mahu membawa saya ke hospital saya tolak dengan baik kerana saya tahu dia penat.. Seharian bekerja, makan tengahari pun tidak kerana niat mahu membawa saya ke klinik..
Terima kasih Encik Haris..!
Tapi tidak lama, badan mula menggigil..
Sekali lagi 'gula-gula' itu saya telan bersama air soya..
tapi kali ini lain, badan saya tidak berpeluh..
Ya,
saya tidak tahan lagi, saya perlu mendengar suara itu..
Saya mohon maaf di atas kesalahan-kesalahan yang pernah saya lakukan pada mereka..
Saya juga mohon doa untuk kesejahteraan diri ini, maafkan akak mak..bukan niat akak mahu membuat emak risau tapi saat ini saya amat butuhkan doa dari kalian..
Ya saat mendengar suara itu, ada titis panas menuruni pipi..betapa saya rindu akan bonda saya..
Dulu jika saya demam, pasti dia sibuk renehkan bubur nasi..
Bila saya baring, pasti jari-jari itu akan memicit dahi ini..
Betapa saya rindu akan momen itu..
Tapi kini saya kian menginjak dewasa, saya perlu kuat dan tabah..
Ya,
ini baru sikit ujian dari Allah..
Saya sentiasa berdoa agar dengan sakit yang Dia kurniakan dapat menghapus dosa-dosa kecil saya..Ameen..
Bila saya sakit dan keseorangan buat saya terfikir bagaimana jika saya berada nun jauh di tanah asing..
Mungkin ini sebahagian ujian dan latihan dariNYA buat diri ini..
Kalian juga tolong doakan saya ya..
Doakan saya terus kuat dan sihat, insyaAllah..
ALLAH berikan aku kekuatan~
Labels:
Kehidupan ini~
Posted by
Mata Pena
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i wish i am by your side right now.
ReplyDelete14 hari sgt lama
any other symptoms?sakit while micturition? sesak nafas?muntah2?cirit birit?
yeah la..
ReplyDeletehow i wished the same thing too dr..
everything ok je cuma bila temperature so high,
susah nak tidur even after taking the medicine..
the longest me can sleep was just around 45 minutes..
Moga kuat sentiasa...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemoga anda cepat sembuh....sakit sendi2 tu bahaya tu,,
follow ur blog