Container Icon

2 liter

Ya, 2 liter is the minimum for myself...

Kurang daripada 2 liter, Abg Bu pun menjenguk...

Cuaca sejuk-sejuk, tak syok nak minum air...

Tapi kena ajar diri minum air Bio Aura jarang banyak-banyak walau cuaca sejuk..
(Orang Johor ke orang jawa, kami panggil air jarang)


Sekarang dah berjaya tak minum caffein even t'sengal-sengal juga..
(It helps me in stress anyway..agak-agak migrain, minum memang lagi kicked! )

Dalam kulit kacang, pastikan 3 liter air masuk ke dalam tubuh badan untuk bercerai dengan Abg Bu secara total.. :)
boleh makan pisang berangan juga.. apa-apa buah pun OK kan Doc ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday Blues~

R
.
A
.
S
.
A
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nak masuk dan duduk dalam dewan besar ada meja & kerusi
.
.
ada jam besar kat depan dewan
.
.
ada orang jalan2 dan bagi kertas
.
.
ada orang diri kat depan dewan sambil pegang mic dan 'bebel'
.
.
belek2 kertas sambil conteng2 then baru tulis2 atas kertas garis2
.
.
angkat tangan minta kertas garis2 daripada orang jalan2
.
.
jeling2 keliling
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YA..saya sangat rindu saat menduduki peperiksaan!!!
.
.
.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::Andai Ku Pergi::

Cerita hidup kian berlalu membawaku ke penghujung
Aku langkah kian lemah kelu lidah untuk bicara
Hanyut jingga warna senja pasir bayu membisik duka
Kealpaan yang semalam inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa damba keampunanNYA

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari ilahi

Andai kupergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang maha agung

Doakan aku sejahtera disisiNYA…

Usah gentar usah rindu
Bertarung difikiranku
Wajah ceria senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Andai diriku pergi
Tinggalkan mu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari ilahi

Andai kupergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang maha agung
Doakan aku sejahtera disisiNYA…

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
Padamu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku,menemaniku saat akhir waktu

Kubersaksi diriku tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku kuserahkan segala kepadaMU


Mirwana,
Andai Kupergi




p/s : perjalanan hidup sebagai hambaNya hanya Dia yang maha mengetahui di mana tapak untuk ku bertapak dan beridiri..doaku padaMu agar tiap apa yang direncana untukku adalah sesuatu yang mampu untuk ku galas Ya ALLAH~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...small talk....

Di suatu petang yang tak berapa hening...

Stesen ESSO Jalan Ipoh..

Seorang gadis perempuan muda yang baru lepas menekan-nekan pam angin untuk mendapatkan bacaan yang dikehendakinya, ditegur satu suara garau..

Mat Lopo : Pam tayar kereta ke?? Memang nak 210 ke?

Cik Bella : Tak la, pam tayar kapal terbang.. Ingat nak wat sampai 500 tapi takut meletup lak.. Ya.. (sambil senyum paksa)

Mat Lopo : Ehh.. Tak pe, biar saya tolong..

Cik Bella : No, thanks.. I used to do it.. (tolong la berhenti bercakap sebab saya tak tahu cakap melayu takut dengan stranger.. Sambil bertinggung di sisi tayar depan dan mula mengisi angin..)

Mat Lopo : Meh la saya tolong.. ( sambil memegang pam )
Saya memang kesian bila tengok orang perempuan pam tayar ni..
Macam susah je.. Kan wanita perlu dilindungi dan ditolongi..

Selepas beberapa minit..

Mat Lopo : Ok, siap.. Ini kad saya, apa-apa boleh call saya ye.. Hati-hati
memandu.. Assalamualaikum..

Cik Bella : Thanks ( nada yang ikhlas tapi jauuuuhh sangat..ohh, lepas ni ssaya boleh la call Mat Lopo ni tok hantarkan beras ke sayur-sayur ke basuh kereta ke







Salam tu jawab dalam hati je..Apa la sangat setakat pam tayar tu..Mat Lopo Encik Nizam kalau nak tau ke sebelum Hj Malik bagi kunci kereta kebal tu dulu, dia siap test wedok dia ni..(ye nama 'dia' Nizam tapi kad tu dah terbuangjatuh masa nak tutp pintu kereta..tau isi air tak.. tau check minyak hitam tak, kalau minyak hitam kurang, lagu lubang mana nak tambah..bukan tu je, kalau ikut dia, siap nak tengok wedok dia boleh tukar tayar ke tak..ya itu syarat kelayakan bagi seorang Hj Malik ayah terhadap anaknya walau perempuan...


p/s : why did stranger loved to have a small talk with me..? :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sasau..?

Sabtu 18 Disember 2010

2 ptg

Trainer : Ok cikgu dah sedia? Saya bagi ejaan, cikgu bagi saya bunyi suku kata dan satu contoh perkataan..

Cikgu R : Ok

Trainer : b-u-a

Cikgu R : b-u-a, bua, buaya

Trainer : Bagus.. s-a-u

Cikgu R : s-a-u, sau...errrr...sau..ermm..besau..?

Trainer : Hah?? Besau??
( Senyum simpul Cik CT dengar, keras perut tahan gelak )

Cikgu R : Ehh2..itu besarkan cik..?
(Trainer angguk-angguk dan senyum )

Trainer : Cikgu guna apa untuk hiris bawang?

Cikgu R : Err..s-a-u, sau, sasau

Trainer : Hehe.. Ok boleh la terima tapi tidak digalakkan guna ye cikgu.. Agak-agak kalau saya bagi w-a-u tadi mesti keluar 'haw*u' ye..



p/s : Adoiii cikgu, cikgu..bukan seorang dua daripada 54 orang, 2-3 orang je yang OK.. Bagi clue macam-macam clue dah sampai cakap, kawan biawak yang selalu duduk di sungai dan boleh makan orang, apa dia cikgu? Ular??
Huhuhu...itu la, bila banyak sangat rama-rama dan belalang main ping pong dalam perut bila dengar je ada ujian ye...
Ujian untuk Cik CT jadi lebih sabar mungkin.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abang BU penggoda tegar..?

8.20 a.m - Ke Pasar Chow Kit

10.30 a.m - Sarapan pagi

Mula memasak


8.00 p.m - Ke Klinik Mediviron

9.15 p.m - Rumah


....................................................................................


Pertama kali ke pasar basah bukan sahaja di Chow Kit.. Muka boleh ditarik ke lantai kata housemate saya.. Yela..nama pun pasar basah, memang la basah lantainya, belum kira bergesel-gesel berlanggar bahu dan baunya yang harum..hehehe..

Tapi gara-gara mahu memancing membeli siakap.. Satu pasar kami pusing dan hasil tangkapan merupakan seekor siakap, dua ekor cencaru, suku ekor ayam, setengah kilo sotong, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan hanya sekeping duit RM50 berbaki RM13..
Ok la kan, kongsi berdua, tak sampai RM25 seorang..
Kami masak siakap 'sweet sour' dan sayur campur.. (ni kalau cikgu Mohayah tahu ni, mesti menitik air mata dia.. Mahunya tak, masak kari pun jadi lodeh, wedoknya ni =) )


Siap masak, tetamu yang tak diundang pun sampai, kakak-kakak kawan serumah saya sampai bersama keluarga masing-masing.. Datang untuk mandi kolam sebenarnya, kata duduk kondo nak masak 'macaroni cheese' untuk dijamu tapi Cik Ju pula tiada..huhu..

Mereka pun dijamu dengan masakan kami yang lazat hingga menjilat jari tak seberapa tu.. Tak apa rezeki perlu dikongsi, lagi pun tetamukan pembawa rezekikan..
Ketika mereka sibuk membaham siakap makan, saya dah selamat bertapa di sarang melayan kekasih hati, Abg BUasir saya.. Kurang selesa dengan badan yang wangi melengas kerana tiada bilik air kami di luar bilik..

Jam 3.45 petang baru keluar dari bertapa untuk mandi dan makan tengahari kerana mereka dah selamat berendam di bawah.. Selera nak membaham makan siakap tiada pula tiba-tiba, rasa loya, badan dah mula sengal-sengal serta kepala berdenyut..

Petang bila semua dah pulang, baru saya berehat di ruang tamu.. Abg BU masih suka menggeletek saya, duduk sudah semestinya seronok, berdiri juga dia menyucuk-nyucuk..
Kali ni Abg BU keluar agak besar dan darah memancut-mancut berdarah..

Sebab Abg BU ni masih lagi menggoda menguji saya, maka perlulah saya berjumpa dengan musuh doktor..Bercinta sungguh saya kerana sedar akan meriam-meriam 'zinc oxide' yang perlu disumbat akan memaksa membantu Abg BU pulang ke pangkalan jalan.. Ouchh..

Musuh doktor kata saya 'stress' dan kurang rehat, minum air Bio Aura masak pun kurang.. Ya Jumaat lalu saya hanya minum 1 liter air masak, agak kurang berbanding biasa saya akan paksa minum 2.5 liter.. perbezaan kasta itu begitu berkesan kepada diri saya rupanya.. Saya terlupa akan kewujudan air Bio Aura kerana menyiapkan keperluan perang 'training' pada minggu hadapan..

Kalau ikut musuh ketat doktor, saya tidak boleh mengendalikan 'training' tersebut kerana tempoh yang terlalu agak lama.. Ya, biasanya saya perlu berdiri dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, kadang-kadang 7 atau 8 malam bergantung pada bilangan guru yang hadir..
Disebabkan saya serikandi hebat seorang sahaja 'trainer'
bacaan Bahasa Melayu, apalah daya saya..
Janji saya pada negro doktor, jika Abg BU masih setia di situ saya akan kembali mengambil cuti sakit..


Dalam hati saya berdoa moga ALLAH beri saya kekuatan dan kesihatan yang baik kerana seramai lebih 100 orang guru sudah mendaftar diri dan membuat bayaran bagi kursus tersebut.. Kak deMAM pulanglah esok ya, saya punya tanggungjawab yang besar dan berat sebelum pergi berhenti..akak baru je datang jenguk saya beberapa minggu lepas..


"Ya Allah hanya Engkau tempat aku bermohon dan meminta pertolongan.. Bantulah aku Ya Rahman Ya Rahim.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:::Itu suatu tanda :::

Ini kisah 3 bulan lepas tapi masih segar di ingatan :


Ayah Aji : keje ok? ada elaun?

Wedok : ok..biasa2 je yah..

Ayah Aji : bla...bla...pot..pet..bla..abang tu bla..bla..
ade ke patut bla..bla..bla..bla..pot..pet..itu ini begitu begini..

Wedok : oo..biase la yah..(senyum sikit-sikit, berani la senyum lebar2, kene sekolah baru tau =) )

Ayah Aji : Yela, mana boleh blaa..blaa..pot..pet..itu kan bla...blaa...

Wedok : hurm.. ( sabar ye cik Hati, bertahan kesian kat 'ayah' nak cakap )

Ayah Aji : adik pula bla..bla..pot..pet...pot..pet..dia tu kan bla..bla..bla..

wedok : ok, sekarang dah masuk watak kedua..(dalam ati je la)



Khutbah luahan rasa masih diteruskan di pagi hari..

Intipati pokok persoalan yang sama diulang siar dalam perjalanan ke kampung..

Sekali lagi buletin 1 tengah hari dialog yang sama berkisar tapi reaksi dah sedikit berbeza situasi perjalanan dari kampung ke rumah..

Ulangan sekali lagi dari rumah ke bandar, kali ni ada pertambahan telinga kerana Mak Jah dah balik sekolah..jadi wedok diam je cuma dalam hati, "Ya Allah berikanlah aku kesabaran"...

Sekali lagi DJ Ayah Aji bersuara mengenai pokok yang sama ketika menunggu Mak Jah berurusan bersama pembekal barang keperluan sekolah beliau..


Tiba-tiba ada suara, "Yah, what's the point are you saying it to me over and over again because I was not them..bla..bla..pot.pet..,"..('wey encek Lut sudah la tu', sound cik Hati) Ya akhirnya wedok bersuara..huhuhu..


"Ayah bukan apa, sejak dah tua ni ayah tak suka bila ayah cakap anak-anak menjawab..dengan akak ayah garang dulu sebab you are my eldest one and I want you to be a role model"..

(Nah, ambik setepek cik Tie..! ni salah abg Lut la ni sebok nak gak menjawab! kan dah jadi lain)


Hujung minggu lepas :




"Hari tu ayah bla...bla...bla..bla...pastu me cakap la bla..bla..bla..bla...bla.. dia balas kata bla...bla..bla..bla..", luah si anak saudara...

Mak saudara, "Wah ok la tu..maksudanya ayah, dia suka bercakap dengan Tie lepas mak..ayah tu kan jenis orang yang bercakap dengan orang yang dia selesa je..Maksudnya Tie boleh dengar dan Tie dah tak menjawab"...

Ting..Ting..
erkk...betul juga tu..ayah, dia bercakap dengan orang yang dia selesa sahaja dan saya juga sudah ada sedikit perubahan iaitu saya mampu bertahan untuk tidak memprovok beliau seperti beberapa tahun dulu..

Pa'man menyambung, "Kau patut bersyukur sebab ayah kau masih nak bercakap (meluah perasaan) , bila dia boleh bercakap tu tanda dia sihat la tu"...

Sekali lagi ting..! Ting..!

Perbualan anak saudara bersama pakcik dan makciknya tamat pada jam 4.30 pagi..hehehe..

Maksu panggil CT,
Cik Ros panggil Anje,
Mak Enon panggil Bila,
Mak Nor panggil Nabila kadang-kadang Nak..

Selamat mak ada empat orang adik lelaki je, kalau lapan dan lapan-lapan makcik punya panggilan tersendiri untuk saya..macam mana la agaknya..
Tapi saya tak kisah.. Ct ke Anje ke Bila ke Nabila ke, saya ok je..asal bukan meow..suutt..suut.. (O, saya tak tau nak eja bunyi panggil kucing datang)

Adoi..dah ke Batu Caves pula saya ni..
Ok..

Sebenarnya saya nak taip yang saya berterima kasih kepada Mak Usu kerana dia berjaya membawa saya berfikir sesuatu yang lain iaitu :


1) Ayah Aji selesa bercakap dengan saya

2) Ayah Aji garang sebab dia nak saya jadi beruang orang, jadi contoh bagi adik-adik (sayu hati bila ingat)

3) Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka

4) Ayah Aji nak beritahu wedoknya akan tanggungjawab dia sebagai anak sulung walau secara indirect

5) Wedok dah mula kenal erti sabar ( tak la macam dulu, Ayah Aji baru keluar sepatah, wedok keluarkan 44 patah )

6) Wedok terharu sebab Ayah Aji pun sayang wedok sama macam lanang-lanangnya (apakah! mesti la ayah sayang anak, masuk air ke =) )


Dalam kulit kacang, Wedok syukur sebab hubungan dengan Ayah Aji dah semakin baik..
Alhamdulillah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Terakhir...!

Semalam seseorang menegur saya, ingin merisik buat kedua kalinya..Milik siapakah diri ini..?
Merisik khabar hati saya milik siapa berkenaan lamarannya yang lalu..
Saya hanya tersenyum manis sumbing..menjawab dan menerangkan situasi saya..perancangan masa depan saya…
Seseorang yang lain juga menanti penuh sabar untuk bercakap dengan saya, juga tentang lamarannya.. Ohh..risaunya mereka, saya akan menjadi andartu.. Ok tipu! Intro dah lari ni..(pap..pap..tepuk dahi!)



Ok jadual training seminggu sudah siap bertaip dan sudah disahkan dan sudah dibuat salinan dan sudah selamat berada dalam zip lock bag..bahan-bahan lain juga sudah selamat..saya kami memang efisen..
Kami merujuk kepada saya dan ‘tangan kiri’ di mana saya akan kehilangannya mulai 20 Disember.
.
Jadual kerja saya agak padat minggu hadapan dari hari Isnin hingga Sabtu..training program bacaan bagi Bahasa Melayu dari tahap 1 hingga 6.. Bilangan pelajar guru yang akan hadir hamper 30 orang bagi tahap 1 hingga 4 dan hamper 50 orang atau lebih bagi tahap 5 dan 6..

Ini bukan bidang apa lagi kepakaran saya tapi sejak lebih sembilan bulan lalu saya belajar berenang supaya tidak kelemasan di lautan itu..
Kami belajar merangkak – berdiri – bertatih – berjalan dengan sendiri tanpa bantuan siapa-siapa.. Kami syukur dengan kekuatan dan kesabaran yang diberiNya, kerana akhirnya kami mampu berdiri di atas kaki sendiri dan mengorak langkah seterusnya.. Alhamdulillah..
Sesungguhnya Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya..


13 dan 14 Disember : Tahap 1 dan 2
15 dan 16 Disember : Tahap 3 dan 4
17 dan 18 Disember : Tahap 5 dan 6



Perkenalkan bunyi suku kata mengikut tahap, sebutan yang betul bagi sesuatu perkataan.. Bermula dari perkataan satu suku kata hingga tiga suku kata, perkataan berimbuhan..
Itu bagi tahap 1 hingga 5..

Tahap 6, kami perkenalkan cara-cara membuat brownies tatabahasa.. Peringkat ini begitu mencabar saya dari dulu hingga kini kerana proses itu bukan mudah walau pun bahasa itu bahasa ibunda saya.. Saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan semua komponen bagi Tahap 5 dan 6 ini..
Ya, mungkin ini sesi training saya yang terakhir bagi tahun 2010 dan juga kerjaya saya di sini..


Disamping, kami juga memperkenalkan guru-guru dengan cara pengajaran yang kreatif, mudah dan yang penting sekali berkesan dalam memdidik kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun..
(Saya boleh dan suka mengajar guru-guru yang akan mengajar kanak-kanak kecil tapi itu tidak bermaksud saya bijak mengendali perkara berkaitan kanak-kanak kerana ia merupakan satu cabaran bagi saya)



Ya, kerana langkah saya seterusnya bukan di sini.. Ini bukan ‘passion’ saya.. Saya tidak boleh menunggu lebih lama untuk sesuatu yang tidak pasti.. Masa pantas bergerak tanpa kisah saya ada bersama atau tidak.. Saya perlu mengejar impian supaya ia menjadi kenyataan..

Walau bagaimana pun, saya bersyukur kerana peluang dan ruang ini saya belajar banyak perkara..
Saya blejar menjadi lebih tabah dan kuat dalam proses membina kerjaya..
Terima kasih Puan ‘Duit’ dan Encik ‘Nasib’ kerana percaya akan kebolehan saya..
Saya tidak akan lupa di sini saya belajar menghadam undang-undang bahasa ibunda saya..
Banyak perkara baharu yang saya belajar walaupun jalan penuh liku..


Jauh di sudut hati saya berharap agar saya akan punya ruang dan peluang untuk mengendalikan training Bahasa Inggeris buat kali terakhir sebelum proses penceraian berlaku..
Saya suka menjadi trainer bagi kedua-dua bahasa kerana saya rasa hebat dapat mengasah lagi pengetahuan saya menjadi lebih tajam tetapi antara dua, saya lebih seronok dan selesa dengan Bahasa Inggeris..


Bukan kerana saya ingin nampak hebat dengan bahasa asing itu tapi ia memang minat saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Sembilan Tahun 3 hari~

Sembilan tahun yang lalu, saya kehilangan salah seorang insan tersayang dalam hidup saya..
Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam keluarga saya terutama Nyaie..
Saya menangis teresak-esak di tepi dinding..


Tetapi di sebalik tabir kelam itu, kami bersyukur kerana akhirnya beliau dijemput pulang ke pangkuan Yang Esa setelah menanggung sakit untuk tempoh yang panjang..
Ia juga merupakan ujian dari Dia buat anak-anak dan cucu-cucu beliau untuk menguruskan beliau sepanjang hayatnya..
Pengajaran secara tidak langsung buat cicit-cicit akan erti tanggungjawab seorang anak kepada ibubapa..
Belajar menghargai iap titis peluh, bait-bait kata yang dikeluarkan pada kita kerana semua itu dilontarkan bukan kerana benci atau marah tetapi kerana sayang..ya sayang dan kasih dari seorang tua yang sentiasa mahukan yang terbaik buat keturunannya..


Beliau seorang yang kuat semangat, gigih bekerja, berani orangnya serta penyayang..
Dengan beliau, saya dan sepupu, kami berdua akan bermalam di rumah beliau ketika cuti sekolah panjang, semalam dua buat penemannya..
Dengan beliau juga saya mengulang mengaji sebelum majlis khatam al-Quran..
Dengan beliau, saya banyak tidur bersama sambil memeluk beliau..
Dengan beliau tempat saya mengadu bila dimarah Cikgu Mohayah..
Dengan beliau saya meluah rasa seperti tidak mahu meneruskan perjuangan di Desa Tun dulu..

Ya sangat banyak sebenarnya kenangan bersama beliau..
beliau begitu disayangi saya..
beliau antara insan yang bersusah payah membesarkan saya..

.
tap
.
tap
.
tap
.
tap
.
air panas menitis jatuh di jari-jari tembam saya
.
begitu sayu rasa hati
.

beliau menyahut panggilan Ilahi pada 2 Muharam 1423 H..

Beliau ialah moyang saya, Buyut Hjh Kamirah Hj Maksom..

.

Malam ini hati saya begitu kuat teringat akan beliau..

Yot..yot..jom tido umah nyaie malam ni..(antara dialog saya kepadanya..Allah, rindunya saya akan panggilan itu)


Doa saya moga beliau aman dan sejahtera di sana dan ditempatkan Allah bersama-sama orang-orang beriman..

Moga DIA juga meringankan beban dan memudahkan perjalanan Yot Rah saya ke syurga..

Ameen..


p/s : saya bersyukur kerana masih punya Nyaie dan Yaie serta Wan..moga dengan ruang masa yang tidak ketahuan oleh saya tentang tempohnya, saya akan berusaha menyenagkan hati mereka.. Moga Allah turut permudahkan urusan mereka di dunia ini, dalam melalui hari-hari sebelum mengadapNya..bukan maksud saya mereka ini akan pergi dulu sebelum saya tetapi ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu hanya Dia yang maha Mengetahui..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::Ma'al Hijrah 1432::

Ayah : Assalamualaikum..how are you?

Kakak : Wa'alaikummussalam..alhamdulillah, sihat..ayah sihat? dah makan ke?

Ayah : Alhamdulillah, sihat..dah makan dah..so,what is your azam for this new year?

Kakak : Errkk...pin..pin..(tiba-tiba bunyi hon kereta!)
Owhh..I want to watch Siti Di Alam Fantasi and Musical Tun Mahathir..!
Owhh..it must be a long list but yet to be written on paper..hikhik..

(nada suara getar-getar sebab dalam hati saya pergi tengok teater lepas baca doa awal tahun tadi) hukss...


Azam dah ada tapi mulut terkunci sebab jalan sangat sibukmasa kurang sesuai nak cakap.. =)


Ok azam sempena tahun 1432H bagi seorang pengembara sunyi saya :


Menjadi hambaNYA yang solehah, anak yang baik dan bertanggungjawab, kakak yang pengasih dan penyayang, pendidik yang berhati waja serta insan yang sentiasa menyenangkan orang-orang disekeliling, dengan cara;


Pengisian jiwa :

Rajin berqiamulail (untuk dapat hubungan lebih erat dengan Dia)

Rajin baca surat cinta Quran + surah al-Waqiah + surah ar-Rahman

Buang ilmu anyam ketupat mengumpat


Perancangan diri :


Meletakkan jawatan sekarang di syarikat budak lelaki dan buah strawberi

Mencari pengalaman di tempat baharu

Rajin cari dan baca jurnal supaya dapat idea untuk tajuk tesis

Mengatur strategi untuk ke peringkat sarjana dan doktor falsafah, insyaAllah :-
fikir bidang dan tajuk, tempat/uni, biasiswa dan kalau boleh cari penyelia yang sesuai dan boleh membantu diri ini

(Ya Allah permudahkan dan lorongkan ku ke destinasi terbaik )



Berusaha mencari rezeki lebih yang Halal untuk bayar hantaran kahwin hutang kereta dan PTPTN supaya boleh pergi makan angin seberang laut.. ;)

Berusaha menjaga kesihatan jasmani dan rohani (supaya tak mudah marah so, kurang risiko kena strok, Abg BUasir dan Wak migRaIN pun tak selalu menyapa diri)

Rajin jenguk 'rumah' dan mengasah mata pena ini supaya boleh tulis pasal MAHA,MASEH,NATRAH,METRO dll buku


Ini antara perancangan masa depan untuk insan kerdil ini..Ya jiwa dan impian perlu besar dan kental seperti badannya..
Apa pun usaha untuk merealisasikan impian itu perlu dan diturutkan dengan doa dan tawakkal kepadaNya kerana kita hanya boleh merancang dan berusaha selebihnya saya serahkan kepadaNya, Dia lebih tahu yang terbaik untuk saya dulu, kini dan selamanya..Insyaallah.. ^_^



Salam Ma'al Hijrah 1432 Hijrah dari mata pena..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pre Hijrah 1432~

Isnin 6 Disember 2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431 ...

Cuaca pagi sungguh nyaman, trafik pun tak la sesibuk selalu..
"Warga kota ramai yang mengambil cuti since esok Ma'al Hijrah", detik si hati..

Memandu seorang diri pergi dan balik kerja sering membawa diri terbang melayang
berfikir mengenai pencapaian dan perancangan dalam hidup..

"How time flies", me said deep down my heart..

What do I want or to achieve for the upcoming new year?

There will be a long list of 'IT'


p/s : balik ni nak kena tulis dalam organizer baharu ni..baru nampak dengan terang dan jelas.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Fun..Fun..with English~

Apabila penggunaan perkataan itu berpusing, otak juga boleh berpaling..

Apabila perkataan dieja

sweat ~ sweet


report ~ rapport


religion ~ region


patient ~ pation


heir ~ hair


bond ~ bone


ya..dan perkataan yang dieja itu berada dalam kedudukan yang SALAH maka maksud sesuatu ayat itu turut berubah..

Contoh :

I am sweeting because of the hot weather.

Would you like to have some sweats? (errhh..yuckie!)


Itu tidak menyentuh soal tatabahasanya (grammar) atau sebutannya (pronunciation) lagi.. ya, yang ini pun masih ramai yang keliru dan terkaku lagi terbeku..
Perkataan 'pronunciation' yang sering dieja menjadi 'pronounciation'...grrrr...

'Pronoun' adalah ahli keluarga kata nama yang bermaksud kata ganti nama..

'Pronounce' pula merupakan ahli keluarga kata kerja..

Keluarga Haji Aziz tidak sama sifatnya dengan keluarga Nyonya Apong..

Aduss..terbebel pula di situ.. :)


Bila sentuh bab sebutan lagi la meruntun jiwa ini.. Berbulu rasanya telinga, hati meronta-ronta dan bibir terkumat-kamit mahu membetulkan tapi saya jenis yang tengok siapa sasaran itu, tengok juga keadaan.. Yela kalau dalam keadaan yang seperti gunung berapi tengah meletup kebaabooom tu, takkan la saya tergedik-gedik nak membetulkan..Memang nak kena la tu...



Perkataan 'correct' dan 'connect' selalu menjadi mangsa apabila disebut 'korek' dan 'konek' sedangkan yang TEPAT adalah 'kerekt' dan 'kennekt' (ejaan ditaip berdasarkan sebutan dan bukan mengikut fonetik ya )..


Ok sudah melalut ke mana-mana dah ni..
Maka perlu kembali ke pokok persoalan, ejaan dan penggunaan perkataan..
Saya agak kurang berkira orangnya apabila kesalahan itu hadir semasa bercakap kerana bila kita sudah terbiasa dengan penggunaan atau sebutannya, agak sukar untuk kita betulkan walaupun salah disisi undang-undang bahasanya..



Kerana saya faham pada spoken and written rules, spoken mistakes would be exempted, bak kata datuk saya..hehehe..



Tapi bila kejadian itu berlaku dalam penulisan formal / akademik, saya boleh bertukar menjadi 'Hulk', lebih-lebih mereka yang bergelar pelajar sekolah menengah atau bakal graduan atau pun para graduan lebih-lebih lagi insan bergelar pendidik..
Saya kata pendidik maka, sesiapa sahaja yang mengajar manusia bergelar insan adalah pendidik..saya juga seorang pendidik..



Bayangkan apabila seorang guru menyebut sweating sebagai sweeting dan kemudian dia dibetulkan oleh pelajarnya tetapi dia masih tetap berpegang teguh kepada ajaran songsang itu...malukan? Bukan salah ditegur pelajar tapi salah apabila guru itu tidak ada inisiatif untuk menyemak semula ilmu beliau..!


Di era globalisasi ini, dunia dihujung jari bak kata nenek saya maka, saya tidak nampak di mana alasan untuk guru tersebut untuk terus menegakkan pengetahuan songsang yang dia ada..


Saya faham jika dia malu untuk bertanya rakan sekerja tetapi apalah salah kiranya merujuk kamus? Ohh...bukan semua orang boleh membaca simbol fonetik Miss CT..
Ok saya terima alasan tersebut, tapi saya pasti dia boleh melayari internet hanya perlu ke mana-mana laman yang sesuai seperti www.howjsay.com, taipkan perkataan tersebut dan dengar dengan teliti..susahkah???



Sebagai seorang pendidik, kita perlu tahu apa yang kita mahu ajar..kandungan atau ilmu yang tepat perlu dipastikan sebelum disampaikan kepada murid-murid..


Kenapa??


Bagi pendidik yang mengajar insan bergelar pelajar di taska atau sekolah rendah atau sekolah menengah, kita perlu sedar bahawa mereka yang diajar itu mungkin merupakan bakal doktor atau jurutera atau arkitek atau akauntan atau kerani atau guru wai'ma murid itu mungkin hanya ingin menjadi seorang surirumah sepenuh masa seperti saya...hehehe...



Ilmu yang diajar itu akan terus berkembang dari satu generasi ke generasi lain, di situ pentingnya akan ketepatan sesuatu elemen atau komponen itu..



Sebagai seorang bakal graduan atau siswazah, sudah semestinya kita sudah melepasi 6 tahun si sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah dan 3-5 tahun di universiti sebelum bergraduat tapi kita masih melakukan kesalahan dalam membezakan ejaan perkatan? atau mungkin itu kesalahan ejaan atau typo error bak kata datuk saya??
atau lebih mudah untuk menuding jari kepada pendidik atau mungkin juga sistem pendidikan negara? Mudah bukan?? Tanpa sedar diri sendiri yang memang sangat 'rajin' untuk membaiki kelemahan diri dan juga 'mudah' mengakui tiap kesilapan diri..


My long hair is also a member of raja family..
Apa kaitan rambut kau panjang sehingga menjadi ahli keluarga raja pula??



Pada saya, itu bukan sebab tetapi alasan yang kurang bijak reflek kepada diri seseorang itu..sekali mungkin kesalahan ejaan, dua kali mungkin kesalahan ejaan lagi (pemalas nak semak la tu!) tapi jika semua perenggan begitu, kesalahan ejaan jugakah??



Saya faham bukan mudah mahu hadam undang-undang bahasa, lagi-lagi bahasa asing..
Mereka berlidah keju 'cisdel' tapi kita berlidah belacan atau cencaluk..
tapi itu bukan alasan..begitu banyak kemudahan hari ini, hanya perlu tanya pada diri mahu atau tidak..



Hingga kini, saya masih kelek kekasih hati saya ke sana dan ke sini walau ke bilik atau dewan 'training' di mana saya ditempatkan...
Mr. Albert kesayangan hamba..ehh, silap taip pula..Mr Oxford Advanced Learner's Dictionary la yang bertakhta di sanubari saya dari seorang mahasiswa hingga bergelar pendidik..



Saya sentiasa mengingatkan para guru yang hadir ke sesi latihan / 'training' saya untuk tidak malu bertanya atau sekurang-kurangnya melakukan semakan sendiri bagi memperbaiki pengetahuan yang ada...



Bagi diri saya, saya masih lagi belajar membaiki pengetahuan berkaitan bahasa ibunda saya iaitu Bahasa Melayu hingga ke saat ini..
masih lagi belajar dan belajar...



Marilah kita sama-sama cermin diri dan perbaiki ilmu pengetahuan yang mana perlu kerana belajar itu sepanjang hayat..
Life is a process of learning, itu kata datuk saya..



Bertemu di ruang yang lain untuk ilmu Bahasa Melayu pula ya..
Ehh..ni kena minta Ck Lah ajar ni..hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..bye..bye..hye..hye...

Selamat jalan Abg NOvember,

Selamat datang Kak DIsember...

sebulan lagi tinggal sebelum Encik 2010 mengucapkan selamat tinggal...

enam hari sahaja lagi Tuan Haji 1431 akan bersama-sama kita...

Dengan ruang senggang yag agak menghimpit ini, aku terfikir apakah yang sudah saya lakukan, capai dalam hidup saya sebagai seorang hambaNYA, anak kepada emak dan ayah, kakak kepada adik dan adik sepanjang saya bersama dengan Encik 2010 ini...

Mungkin ini juga ruang masa untuk saya mengatur perancangan hidup saya untuk tahun hadapan sebagai persiapan azam di tahun baharu...

Selain bersedia untuk tidak bersedia dengan perancangan tetap oleh pencipta kita yang Maha Esa..

Ya Hijrah 1432 & Masihi 2011, both of them are just around the corner, bak kata yai'e (atuk) saya..! ^_^


Entri pertama di bulan Disember..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS