Container Icon

Memoir of 12 June 2010

Scene 1 :

Training Director : CT, u look so stress..are you ok? Don't worry, I know your performances..why don't you go for lunch, empty stomach is not good.. (peringatan dari seorang ketua yang tegas dalam lembut, saya suka cara beliau menegur )


Scene 2 :

Bonda : Hello, assalamualaikum..anje mak, buat ape tu? dah makan? (soalan2 pembukaan sejak 6 tahun lalu :) )
Ya Allah, hati2 bawa kereta..jangan lupa makan ye nak.. (pesan bonda lagi)



Scene 3 :

Chef of the day : Che nab, dah makan? I masak sardin je, gi la makan..sorry ye che Nab (kakak serumah yang sentiasa sudi memasak untuk dimakan bersama2..sardin pun alhamdulillah )


Scene 4 :

Little BUT big : Hello, assalamualaikum kak..kak, blik x hujung minggu ni? balik la..mak lupa nak tanya tadi..mak kata, kalau akak balik nak gi makan atas bot...balik ye.. (ayat dari adik kecil tapi besar saya jawab dengan tenang & berhemah, walaupun kelopak mata telah digenangi air )



Scene 5 :

Tuan Putera : Salam, apa khbar? senyap je? I nak minta izin bawa you keluar dinner mlm sok..? Nway, U nak kek ape ye? NY cheesecake or OREO cheese cake? ( SMS yang buat saya gugup..ohh..dah hampir suku abad, tanpa kehadiran kek pun tidak pernah mengecilkan hati ini..cukup dengan ucapan bersama doa'2 dr yg insan2 t'sayang)


Yee..itu insiden-insiden sehari sebelum tanggal 12 Jun menjelang...
badan yang sakit-sakit serta kepala yang berdenyut saban hari dipandang sepi kerana tidak mahu terlalu memanjakan diri, hinggalah 12.30 tegah malam 12 Jun, diri terjaga dari tidur kerana badan yang sangat panas,
diikuti cirit-birit, muntah-muntah..berjagalah saya hingga Cik Matahari sambil berdoa supaya diberi kekuatan olehNYA untuk bekerja esok hari..bukan saya kuat bekerja tapi tugas saya belum selesai; cuti sekolah adalah masa yang paling sibuk bagi saya kerana perlu mengendalikan 'training' kepada guru-guru SRK...

Sesungguhnya DIA maha mengetahui..
Demam beserta sakit-sakit sampingan yang lain datang menjengah diri untuk memberi ruang kepada diri ini berehat..
Berehat daripada bebanan kerja di pejabat..
duduk di rumah sambil membaca, mengambil ubat dan merehatkan diri dengan harapan diri segera sembuh kerana sedar akan tanggungjawab yang menanti..


Alhamdulillah, saya bersyukur dengan 'ruang' yang DIA berikan kepada saya..
Sambutan hari lahir pada tahun ini memang berbeza dari tahun-tahun sebelum ini..
'Merehatkan' diri & minda serta bacaan ya'asin dan solat hajat untuk kesejahteraan diri dan keluarga di duni a dan akhirat..
Syukur kerana tahun ini, cara saya menyambut penambahan usia sedikit berbeza..


Semoga dengan bertambah usia, saya menjadi semakin matang, ibadat kepadaNYA makin bertambah baik, hubungan, layanan & tanggngjawab kepada keluarga juga turut berubah..
Ameen..


Buat ayahanda bonda tercinta,
ucapan terima kasih tidak terhingga buat kalian di atas segala kasih sayang, perhatian, nasihat yang diberikan sejak 24 tahun yang lalu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS